WARISAN UMUM CALON KHAMIS INI

KENINGAU: Parti Warisan Sabah (Warisan) bakal mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang pada 10 September ini.

Ketua Menteri, Datu Seri Mohd Shafie Apdal, bagaimanapun berkata, pengumuman itu tidak membabitkan pengumuman calon rakan kerjasama Warisan seperti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

”Atas sebab itu saya maklumkan kepada Madius untuk menyatakan siapa calon (UPKO), AMANAH, PKR sebab pilihan raya ini penting kepada kita.

”Ia bukan semata-mata pengagihan kerusi tapi kita mahu menang pilihan raya ini.

“Sekarang pun BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) bergelut.

“Pilihan raya ini penting bagi kita jadi kita kena pastikan kita adalah pilihan utama,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan Plus sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, di Dewan Masyarakat Keningau, semalam.-http://beritasabah.com