Webinar Kesihatan:Yayasan WISDOM jemput bekas Menteri KKM sebagai antara panel

Yayasan WISDOM mempelawa orang ramai menyertai webinar berkaitan desentralisasi kesihatan pada Selasa ini.

Pengurus Penyelidik Yayasan WISDOM, Freeda Jane Wilfred berkata, webinar yang bermula pukul 8.00 malam itu akan menjemput panel-panel yang berpengalaman dalam hal ehwal kesihatan negara.

“Webinar secara maya itu bertajuk 𝐃𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭𝐫𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝-𝟏𝟗 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐒𝐤𝐨𝐩, 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧, 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐬 𝐕𝐢𝐯𝐞𝐧𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧.

“Webinar ini akan mengupas tentang masalah dasar yang menyebabkan kekurangan kemudahan kesihatan dan penentu perubatan di Sabah.

“Para ahli panel juga akan berkongsi idea dan cadangan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Freeda, empat panel jemputan terdiri daripada Pakar Polisi Kesihatan Bebas, Dr Khor Swee Kheng; dan bekas Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad.

“Dua lagi panel ialah bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung; dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Bandar Kuching Sarawak, Dr Kelvin Yii Lee Wuen .

“Webinar yang diadakan selama satu jam 30 minit akan dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan WISDOM, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,” jelas Freeda.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama menyertai webinar tersebut.

“Webinar ini akan bersiaran langsung di facebook @myWISDOMF dan @Madiustangau . Dalam masa sama, kita juga mempelawa penyertaan semua pihak mengikutinya melalui aplikasi Zoom.

“Boleh klik https://bit.ly/WISDOMRSVP_DecentraliseHealth, dengan 𝐙𝐨𝐨𝐦 𝐈𝐃: 814 2574 1894 atau
melalui pautan https://bit.ly/WISDOMZoom_DecentraliseHealth,” tambahnya sambil mengingatkan agar semua peserta berkelakuan baik semasa bersiaran.

Untuk rekod, kemasukan di Zoom akan ditutup pada pukul 8.15 malam.