Whoscall: Melindungi daripada panggilan palsu

Kes membabitkan scammer bukan perkara baharu di negara ini memandangkan setiap hari ada sahaja kes yang dilaporkan membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Pernakah anda menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali atau mesej yang meminta butiran peribadi anda? Kadangkala sukar untuk kita membezakan antara panggilan yang benar dan palsu. 

Sehingga kini, ramai mangsa penipuan biasanya terpedaya dengan taktik panggilan palsu, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai pihak bank, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.

Kes-kes penipuan telekomunikasi

Salah satu kes penipuan yang masih berlaku di Malaysia adalah kes “Macau Scam” yang dikategorikan sebagai satu jenayah penipuan telekomunikasi. Kes ini melibatkan bukan sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terbelit dengan perangkap sindiket dengan kerugian ada yang mencecah jutaan ringgit.

Kes terbaru yang diliputi oleh wartawan Malaysiakini adalah pada Jun 2022, apabila seorang warga emas mengalami kerugian RM 652,500 selepas terpedaya dengan penipuan ‘Macau Scam’. Warga emas tersebut dihubungi seorang lelaki kononnya anggota polis yang mendakwa warga emas itu terlibat dengan pengambilan ubat terlarang dan penggubahan wang haram.

Dia hanya menyedari dirinya ditipu apabila memaklumkan kepada anaknya sebelum membuat laporan polis.

Pada Februari 2022, seorang peniaga wanita dari Port Dickson berdepan kerugian RM583,555 selepas menjadi mangsa skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi aplikasi WhatsApp. Wanita berkenaan melakukan pembayaran sebanyak 52 transaksi dan menyedari dirinya ditipu  setelah mendapati aplikasi WhatsAppnya telah disekat oleh individu terbabit.

Dengan jumlah kes yang mendadak, kita perlu mengambil langkah pencegahan yang efektif. Salah satu langkah untuk mengurangkan panggilan scam adalah untuk memuat turun aplikasi Whoscall. Aplikasi ini memang sudah lama di pasaran dan digunakan oleh banyak negara lain untuk menyekat atau mengetahui panggilan asing.

Semak panggilan tidak dikenali dengan Whoscall.

Dengan aplikasi Whoscall, sekarang anda boleh mengetahui cara untuk menyemak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali tersebut dan mengelak diri daripada menjadi mangsa oleh sindiket penipuan ini. 

Whoscall merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang dapat membantu pengguna mengenal pasti identiti pemanggil apabila nombor yang tidak dikenali cuba membuat panggilan. 

Selain, menyemak nombor telefon, ia dapat menyekat nombor atau kata kunci tertentu dan membantu mengenal pasti nombor telefon menerusi pangkalan data terbesar di Asia Timur, jadi, anda tidak akan terlepas panggilan penting lagi!

Antara ciri keunikan Whoscall adalah:

  1. Segera mengenal pasti ID pemanggil
  2. Sekat panggilan dan SMS yang tidak diingini secara kekal
  3. Pangkalan data dengan lebih daripada 600 juta nombor telefon
  4. Laporkan Nombor
  5. Pangkalan Data Luar Talian (Carian Pintas)
  6. Whoscall Card telefon peribadi
  7. Buletin: Mesej anda akan dipaparkan secara automatik kepada orang lain.

Privasi anda akan dilindungi

Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju, Whoscall mampu membantu mengenalpasti identiti pemanggil sebelum anda menjawab panggilan.

Pelbagai jenis identiti pemanggil tidak dikenal pasti dapat dikesan dalam masa nyata seperti panggilan palsu, panggilan tidak diingini daripada ejen kad kredit, pinjaman peribadi, program insurans, dan banyak lagi! Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ini.

Ulasan aplikasi

Aplikasi penyekat panggilan hibrid ini sesuai untuk panggilan spam dan khidmat pesanan ringkas. Pelbagai nombor telefon di Malaysia telah diindeks pada perkhidmatan tersebut, memudahkan pengguna mengetahui siapakah yang sedang memanggil, sekaligus mengelakkan panggilan palsu.

Yang menariknya, aplikasi ini percuma, mudah digunakan dan sesuai untuk kegunaan peribadi dan perniagaan. Terdapat beberapa ciri ‘Premium’ yang ditawarkan oleh Whoscall yang boleh menarik minat anda. Ia pasti berbaloi untuk dicuba!

Whoscall menyediakan kehidupan komunikasi yang aman dan tidak terganggu. Jangan biarkan diri anda, mahupun keluarga dan rakan menjadi mangsa penipuan dengan taktik panggilan palsu. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah.

Dapatkan akses kepada akaun premium Whoscall selama 30 hari secara percuma dengan mengimbas QR kod dalam gambar di bawah. Jangan ketinggalan untuk mencuba aplikasi ini!

Untuk maklumat lanjut tentang Whoscall, layari laman web di SINI dan lawati media sosial (Facebook). Muat turun aplikasi ini dari Google Play Store atau App Store hari ini!