Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

Wisma SESB di ibu negeri dikosongkan atas faktor keselamatan

KOTA KINABALU: Wisma SESB yang kini berusia 48 tahun terus uzur dan akhirnya SESB akur untuk keluar dan berpindah ke lokasi pejabat baharu demi keselamatan pekerja dan orang awam secara keseluruhannya.

Dibina pada tahun 1976 dengan gaya senibina yang mencerminkan kegemilangan zaman itu, bangunan ini menjadi simbol kemajuan teknologi pada waktu tersebut.

Kenyataan media dari SESB hari ini menyatakan, bangunan ini bukan sahaja sekadar bangunan menempatkan pejabat SESB tetapi juga pernah menjadi lokasi tempat para remaja di sekitar Kota Kinabalu berkumpul pada hujung minggu di penghujung tahun 80-an untuk bermain sukan skating.

Dengan ketinggian 10 tingkat, bangunan ini juga menempatkan penthouse di tingkat 10 yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pejabat tokoh-tokoh politik negeri Sabah dan kini digunakan sebagai pejabat Pengerusi SESB.

Wisma SESB adalah antara bangunan-bangunan yang lama dibina di sekitar Kota Kinabalu seperti Wisma MUIS, Wisma Dang Bandang, Wisma Merdeka, Bangunan Pejabat Pos, Bangunan KUWASA, Bangunan Tun Fuad dan Bangunan Pejabat Persekutuan.

Sesuai dengan usia bangunan yang semakin meningkat, Wisma SESB tidak terlepas daripada beberapa masalah konkrit yang dihadapi.

Kelemahan dari bahan pembangunan dahulu yang banyak menggunakan pasir laut telah menyebabkan beberapa bahagian bangunan mengalami keretakan dan kelemahan struktur.

Persekitaran dan cuaca tropika di Sabah menyebabkan bangunan ini terdedah kepada kelembapan dan pancaran matahari terik yang menyumbang kepada pembentukan kulat, kerosakan cat dan permukaan bangunan.

Pelbagai usaha telah diambil untuk menangani masalah keusangan Wisma SESB termasuk merancang penstrukturan dalaman yang lebih moden dan kondusif agar dapat terus berfungsi sebagai pusat inovasi dalam industri elektrik.

Kolaborasi dengan pakar teknologi tempatan dan penyelesaian inovatif seperti penggunaan ruang yang lebih baik turut menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan bangunan ini.

Namun usaha menyeluruh dalam pemuliharaan struktural bangunan ini secara berkala agar ia dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat Sabah tidak dapat diteruskan berikutan usia yang semakin uzur.

Selain itu, isu kekurangan ruang bagi menampung kemudahan moden dan berkualiti juga menjadi kekangan kepada usaha memperbaharui atau memodenkan bangunan.