KOTA KINABALU, 9 May – Sebuah webinar bertajuk “Rundingan Pemberian Khas Perkara 112D Bercanggah dengan Hak 40% Sabah yang Termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan” akan dianjurkan Yayasan WISDOM malam esok.
Menurut Yayasan WISDOM, webinar tersebut bertujuan untuk mengupaskan isu mengenai formula 40% Geran Khas Sabah yang tidak lagi digunakan serta pendirian dan tindakan yang seterusnya dilakukan oleh Kerajaan bagi Sabah dalam menuntut semula hak hasil cukai negeri.
Antara panel jemputan ialah Mantan Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun; Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Emeritus Prof. Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Roger Chin Ken Fong.
Anjuran program ini adalah susulan daripada pengumuman Kerajaan Persekutuan yang menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan bayaran tahunan Peruntukan Khas kepada Sabah sebanyak RM125.6 juta bagi tahun 2022.
Perbincangan tersebut akan berlangsung selama satu jam setengah iaitu bermula pada pukul 8 malam sehingga 9:30 malam melalui platform ZOOM dan akaun Facebook @myWISDOMF dan @Madiustangau.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ