Umno bahagian Arau dan sayap Puteri bahagian itu menolak pelantikan Azlan Man sebagai Ketua Umno Perlis menggantikan Shahidan Kassim.
Mereka turut mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan, yang juga Ketua Umno Bahagian Arau.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau Salim Dahaman, berkata akar umbi akan terus kekal bersama Shahidan, demi mengembalikan semula kekuatan parti itu di Perlis.
“Shahidan layak untuk terus memimpin Umno Perlis berdasarkan jasa beliau membantu Umno memenangi dua daripada (tiga) kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 sehingga terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Perlis,” katanya, menurut laporan Bernama.
Semalam, Zahid menerusi kenyataan memaklumkan Azlan yang juga Menteri Besar Perlis dilantik menggantikan Shahidan bagi mengetuai Umno negeri itu.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong