KOTA KINABALU: Kadar zakat fitrah bagi umat Islam bermastautin di Sabah yang wajib ditunaikan pada Ramadan tahun ini ditetapkan RM7.50 seorang.
Ia diisytiharkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin pada majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2025M / 1446H, di sini, pada Selasa.
Kadar itu adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk Negeri Sabah.
Umat Islam dijangka menunaikan ibadah puasa sempena Ramadan tahun ini bermula Sabtu atau Ahad ini. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ