1,000 rokok seludup kena rampas sana Kudat

Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas 1,000 bungkus rokok tidak bercukai dan dipercayai diseludup, berhampiran kawasan Jalan Anggerik, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, semua rokok berkenaan dikesan dalam operasi Op Benteng Covid-19, yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai PPM.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Rizauddin Selamat berkata, ketika rondaan dijalankan, seorang lelaki dewasa sedang memunggah kotak ke dalam kereta proton saga dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pasukan rondaan PPM kemudiannya menahan suspek lelaki terbabit untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, PPM menemui kira-kira 1,000 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM18,500 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Rizauddin berkata, tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967. – Asia Times