TUARAN: Lebih 10,000 tetamu menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada Sabtu.
Majlis yang turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin diserikan dengan persembahan artis tempatan serta penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.
Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak kurang bernasib dari daerah ini.
Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai di rumah terbuka itu yang dijadikan acara tahunan bagi membolehkan rakyat pelbagai lapisan merayakan Hari Raya bersama.
“Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita,” katanya.
Antara yang hadir ialah Speaker DUN, Datuk Kadzim M Yahya; jemaah Kabinet Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; wakil rakyat dan pemimpin masyarakat. – Info X
More Stories
Terima rasuah babitkan Rumah Mesra SMJ, Pegawai Kemajuan Masyarakat ditahan SPRM
623 Pati Filipina dihantar pulang
KPDN Sandakan siasat 15 kes seleweng barang kawalan