Seramai 46,550 banduan dikesan dijangkiti Covid-19 di seluruh negara, manakala 103 kematian dicatatkan akibatnya dalam tempoh dari 29 Ogos 2020 hingga 12 Okt lepas.
Bagaimanapun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata, jumlah itu tidak termasuk sembilan kes membabitkan bayi kepada banduan wanita.about:blank
“Selain itu, jumlah semasa banduan yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Okt 2021 menurun kepada 60 orang atau 0.001%.
“Sehingga 30 Okt, seramai 237,660 banduan telah menjalani saringan Covid-19,” katanya dalam Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mengenai jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 dalam penjara.
Jonathan turut memaklumkan, daripada keseluruhan kes positif itu, seramai 599 banduan atau 1.3% dikategorikan sebagai kes aktif, manakala 45,848 banduan atau 98.5% sudah pulih.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong