Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,063 kes baharu Covid-19 dan angka itu adalah yang terendah dicatatkan sejak 9 Dis lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 323 kes diikuti Sarawak 183 kes.
Ia menjadikan 309,612 kes pulih daripada keseluruhan 326,034 jangkitan Covid-19 dengan1,218 kematian direkodkan setakat ini.
Katanya, terdapat 15,204 kes aktif dengan 68 daripada 152 pesakit ditempatkan di ICU kerana memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,059 adalah penularan tempatan manakala empat adalah kes import.
Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 814 warganegara dan 245 warga asing.
Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 323 kes.
Ia diikuti Sarawak (183), Pulau Pinang (175), Johor (91), Kuala Lumpur (86), Kelantan (67), Sabah (38), Kedah (32), Perak (24), Terengganu (23), Negeri Sembilan (17), Pahang (2), Melaka (1), Labuan (1), sementara Perlis dan Putrajaya tidak merekodkan kes baru.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ