RANAU: Seramai 16 orang pelajar terdiri anak-anak Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Ranau dan Kundasang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou tahun 2016 di sini pada hari Sabtu.
Anugerah disampaikan sendiri Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Dr. Maxsimus J.Ongkili yang mewakili Huguan Siou ,Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam satu satu Majlis Makan Malam Amal KDCA di Dewan Masyarakat Ranau.
Sebanyak empat ketagori anugerah telah di sampaikan iaitu,Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PT3, SPM (Sains/Kemanusiaan)dan STPM(Sains /Kemanusiaan).
Penerima anugerah UPSR terdiri,Alessandra Saturinus Gimpoton(7A), SJK (C) Pai Wen, Alize Sison (6A) SRK Don Bosco dan Yvette Michelle Awit (5A,2B) SJJ (C) Pai wen.
Cemerlang PT3 dengan keputusan 10A ,Danial Weinstein Muly, pelajar SMK Komburongoh,Foriyati Jualim (9A,1C) SMK Lohan dan Nadia Jaidi (9A) SMK Mat Salleh.
Kategori pelajar cemerlang SPM (Sains) didahului Mohd Rizq Roslan (8A,1B/1.00)SMK Mat Salleh, Hani Qamaliah Habdin (9A,1B/1.40) SMK Lohan dan Elisha Linus (9A/1.44)SMK Mat Salleh.
Manakala kategori SPM (Kemanusiaan), Sherlley Jees (7A,2A- /1.22) SMK Kemburongoh, Nur Hawa Hawilin (5A,4A- / 1.44) SMKKemburongoh dan El Nin Damian Kosmas (6A,1B,1C)/ 2.00) SMKBundu Tuhan.
Pelajar Cemerlang STPM (Sains) dianugerahkan kepada penerima tunggal, Chris Ting May Yie (2A,2B,1C / 3.34) SMK Mat Salleh manakala STPM (Kemanusiaan) diterima oleh Elvezay Junis (2A,2A-/3.84) SMK Lohan, Nani Amburus (2A,1A-,1B+/3.75) SMK Mat Salleh dan Fatin Syatirah Joanes (1A,3A-/3.75) SMK Kundasang.
Majlis turut dimeriahkan menerusi persembahan artis-artis tempatan terdiri Ludia Kalidin,Evana Herra, Brenda, Wehaneda Warimin,Nur Alfatwa @ Uno Markus dan penampilan istemewa pelawak kanak-kanak,Berudu dan Landoi.
Hadir sama pada majlis itu,Pengerusi KDCA Ranau juga Pembantu Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan,Datuk Dr.Joachim Gunsalam,Setiausaha Agung KDCA,Datuk Ir John Anthony,Datuk Dr.Othman Minuddin, Datuk Jahid Jahim,Datuk Abidin Madingkir, Datuk Jospeh Bernard Dalinting, Datuk Matius Sator dan Setiausaha Politik Datuk Siringan Gubat,James Ingguru. -OLEH ADUKA JASNIN SUMAN
News Sabah Times
More Stories
Dua tahun tiada pengambilan, Madius minta KPM luluskan semua permohonan kemasukan PISMP Bahasa Kadazandusun
Hubungan baik ibu bapa dan guru teras kemenjadian murid
447,982 murid Tahun Satu terima bantuan awal mulai minggu ini