PTI Indonesia yang ditahan oleh Batalion 20 PGA di kawasan bangunan rumah kedai di Jalan Sapi- Nangoh semalam
Oleh Faizal Rahman
BELURAN: Seramai 12 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) Indonesia bersama 3 lelaki warga tempatan telah ditahan oleh Batalion 20 Pasukan Gerakan Am dekat sebuah restoran di Jalan Sapi- Nangoh semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran ACP Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata PTI ditahan terdiri dari 6 lelaki, 4 perempuan dan 2 kanak-kanak perempuan yang berumur lingkungan 2 hingga 44 tahun.
Tiga lelaki warga tempatan berumur 24 hingga 40 tahun itu ditangkap kerana dipercayai pembawa dan penghantar PTI berkenaan, kata Mohd Nasaruddin.
Menurut Mohd Nasaruddin, sepasukan anggota Batalion 20 PGA Kompeni B diketuai platun komander 4 Inspektor Jaikry Jack D. Joseph telah melakukan pemeriksaan di kawasan banguna rumah kedai jam 11.00 malam selepas menerima maklumat orang awam.
Lelaki warga tempatan kelihatan sedang memunggah barang dari sebuah kenderaan pacuan empat roda ke sebuah lori di hadapan sebuah restoran, kata Mohd Nasaruddin.
Kumpulan PTI tersebut pula ditemui bersembunyi di hujung bangunan rumah kedai, katanya lagi.
Siasatan awal mendapati PTI itu menaiki pacuan empat roda itu dan sebuah kenderaan SUV dari Paitan ke Jalan Sapi- Nangoh sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau dan barang yang dipunggah adalah sebahagian milik mereka, tambah Mohd Nasaruddin.
Akuan lisan yang diperolehi dari PTI juga mendapati mereka telah membayar RM 700 seorang untuk dibawa ke Tawau, kata Mohd Nasaruddin.
Kesemua saspek kemudian telah dihantar ke IbuPejabat Polis Daerah Beluran untuk tindakan lanjut, kata beliau.
Tiga buah kenderaan yang ditahan bersabit kes dianggarkan bernilai RM 250,000, kata Mohd Nasaruddin.
Mohd Nasaruddin turut memberitahu bahawa pasukan Batalion 20 PGA Kompeni B itu sedang bertugas di RCP Jalan Sapi-Nangoh ketika melakukan serbuan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ