13 jalan ditutup sempena LTdL 2019 peringkat Pulau Pinang

[ad_1]

BUTTERWORTH, 1 April (Bernama) — Sebanyak 13 buah jalan di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) akan ditutup secara berperingkat sempena perlumbaan Peringkat Keenam Le Tour de Langkawi (LTDL) 2019 yang akan bermula pada 11 April ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang, DSP Zafri Zolkapli berkata, antara laluan terlibat ialah Jalan Bagan Luar, Jalan Kampung Gajah, Jalan Bagan Ajam dan juga Jalan Telok Ayer Tawar.

“Selain itu, beberapa laluan di kawasan Titi Mukim, Permatang Pak Elong, Permatang Sintok, Permatang Loba, Kepala Batas, Lahar Ikan Mati, Permatang Tinggi ‘A’, Bumbung Lima dan Kampung Jambatan Merdeka juga akan ditutup secara berperingkat,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di sini, hari ini.
…..

[ad_2]