KOTA KINABALU: Seramai 138 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif Covid-19, setakat tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di Putrajaya bagaimanapun berkata, tiada kes yang membabitkan anggota KKM yang dijangkiti berpunca daripada pengendalian kes di fasiliti KKM.
Punca-punca jangkitan melibatkan anggota KKM adalah seperti berikut:
- 58 kes (42 peratus) berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang juga menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.
- 14 kes (10.1 peratus) berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan kes bergejala ringan di mana, mereka tidak tahu atau tidak memaklumkan status mereka. Dua kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.
- Sembilan kes (6.5 peratus) dari kontak dengan ahli keluarga yang positif Covid-19
- Enam kes (4.3 peratus) dengan sejarah melawat ke luar Negara
- Empat kes (2.9 peratus) dari rakan yang positif COVID-19
- Tiga kes (2.2 peratus) dari pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan
- Dua kes (1.4 peratus) telah hadir perhimpunan di Seri Petaling
- Baki kes iaitu 42 kes (30.4 peratus) masih dalam siasatan punca jangkitan./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ