KOTA KINABALU: Sebanyak 217 kes jangkitan Covid-19 terbaru direkodkan di negara ini, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia setakat ini ialah sebanyak 3,333 kes.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, sebentar tadi.
Jelas Noor Hisham, 58 daripada 217 kes baru yang dilaporkan itu mempunyai kaitan dengan kluster tabligh Sri Petaling.
Selain itu, 44 kes telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang merupakan salah satu hospital Covid-19, di mana 41 kes adalah kes berkaitan madrasah tahfiz di Selangor.
“Sehingga kini juga, seramai 108 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 60 pesakit pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 827 kes (24.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ