19,198 kes ini hari, Sabah ada 1,717

Kementerian Kesihatan melaporkan 19,198 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini sebanyak 1,979,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,291 kes.

Ia disusuli Selangor dengan 2,347 kes, Johor (2,110) dan Sabah (1,717).

Ia disusuli Selangor dengan 2,347 kes, Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256), Perak (1,118), Terengganu (930), Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (3).

Sementara itu, Hisham berkata, kapasiti dan penggunaan katil sehingga petang semalam merekodkan 75% bagi katil bukan ICU manakala penggunaan katil di ICU sebanyak 78%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *