Kementerian Kesihatan melaporkan 19,550 kes baharu Covid-19 dan 21,771 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 1,700,733 daripada 1,960,500 pesakit Covid-19 sudah pulih setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 242,161 kes aktif, dengan 667 daripada 1,247 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,743 kes.
Ia disusuli Selangor dengan 2,416 kes, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354), Kelantan (1,320), Terengganu (953), Pahang (722), Kuala Lumpur (555), Melaka (490), Negeri Sembilan (198), Perlis (73), Putrajaya (24) dan Labuan (2).
Jumlah jangkitan harian di Sarawak hari ini adalah rekod baharu berbanding rekod terdahulu 3,734 kes yang dicatatkan semalam.
Daripada jumlah kes baharu itu, Hisham berkata, hanya tujuh kes import, manakala 19,543 kes penularan tempatan membabitkan 17,153 warganegara serta 2,390 warga asing.
Katanya, 265 daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 19,285 atau 98.6% dalam Kategori 1 dan 2.
Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.99 setakat semalam.
Sarawak terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.15, disusuli Terengganu (1.10), Perlis (1.06), Perak (1.05), Johor (1.04), Pulau Pinang (1.04), Kelantan (1.03), Pahang (1.03), Kedah (0.97), Putrajaya (0.96), Sabah (0.93), Melaka (0.92), Selangor (0.83), Negeri Sembilan (0.82) dan Kuala Lumpur (0.80).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad