[ad_1]
Dalam operasi itu juga, sebanyak 156 notis yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan melibatkan nilai kompaun sebanyak RM42,450.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan S. Veerapan berkata operasi pada kali ini memberi tumpuan kepada premis makanan tomyam yang didapati kurang bersih dan tidak mematuhi standard minimum, akan diarah tutup.
Katanya dalam operasi bermula pukul 4 petang hingga 11.30 malam itu yang turut disertainya, sebanyak sembilan pasukan terlibat dengan kekuatan 60 pegawai penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Rembau, Port Dickson dan Jempol.
“Premis yang didapati kurang bersih dan yang tidak mematuhi standard minimum dan diarah tutup ini selaras dengan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Operasi ini juga tertumpu kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) yang menekankan aspek penilaian tahap kebersihan premis dan kebersihan makanan serta etika kebersihan pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini.
Dalam operasi itu, antara kesalahan yang dikesan ialah peti penyimpanan makanan di bahagian sejuk beku tidak mengikut suhu yang ditetapkan dan menyimpan makanan terlalu lama.
Menurut Veerapan, tahap kebersihan premis makanan yang rendah boleh diarah tutup selama tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 manakala pengusaha perniagaan makanan dan pengendali makanan yang tidak mematuhi amalan kebersihan diri dan makanan seperti yang diperuntukkan di bawah PPKM 2009 boleh dikenakan Notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang boleh diarahkan hadir ke mahkamah atau hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan.
Sehingga Mac tahun ini, sebanyak 1,417 premis makanan di seluruh Negeri Sembilan telah diperiksa dan 14 premis telah diarah tutup kerana tidak menepati spesifikasi kebersihan semasa pemeriksaan dijalankan.
Notis Seksyen 32B yang dikeluarkan pula adalah sebanyak 582 notis dengan jumlah kompaun yang boleh ditawarkan bernilai RM113,530.
Daripada jumlah itu, sebanyak 322 premis makanan di sekitar Seremban telah diperiksa dan dua daripada premis itu telah diarah tutup dengan nilai kompaun sebanyak RM30,800.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar