TAWAU: Kerajaan mengusir pulang 240 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Indonesia menerusi dua fasa perjalanan di sini, hari ini.
Ia membabitkan perjalanan menggunakan laluan laut pada jam 8.30 pagi dan jam 12.30 tengah. malam.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata penghantaran kumpulan PATI itu dibuat dalam dua fasa kerana MKN hanya mendapat sebuah feri untuk melakukan proses itu.
“Satu lagi program pengusiran menerusi Tawau dijadualkan pada Jumaat ini membabitkan seramai 82 PATI.
“Ia menjadikan seramai 3,753 PATI berjaya diusir sejak 7 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sejak 1990 juga, jumlah keseluruhan PATI yang telah diusir keluar dari Sabah adalah seramai 594,920 orang termasuk warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam yang diusir menerusi pengangkutan udara.
Sh Sitti Saleha berkata, MKN terus komited menjalankan tugas mengusir PATI di Sabah dari semasa ke semasa dalam usaha menangani kebanjiran PATI di negeri ini.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK