KOTA KINABALU: Penantian kira-kira 27 tahun penduduk Kampung Niatang, Pitas untuk mendapatkan hak pemilikan tanah yang diduduki mereka berakhir selepas geran hak milik tanah diperolehi baru-baru ini.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Niatang, Hollynah Mopuas, 55, berkata jumlah keseluruhan tanah asal milik penduduk kampung adalah sekitar 400 ekar.
Bagaimanapun, katanya seluas 200 ekar sudah diambil oleh pihak syarikat, menjadikan baki 200 ekar saja yang diberikan kepada penduduk kampung.
“Namun menerusi jumlah lebihan tanah itu hanya 125 ekar yang mendapat kelulusan untuk dipohon.
“Bagaimanapun, kerajaan telah memberikan tanah gantian sebanyak 200 ekar lagi berhadapan kawasan sedia ada,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah pada Khamis.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MHO Sabah, Jerry Jaimeh.

Mengulas lanjut, Hollynah menyatakan keseluruhan geran melibatkan 62 permohonan yang mana 43 permohonan sudah diluluskan.
Menurutnya, 15 permohonan masih dalam proses untuk ditandatangani Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah manakala empat lagi belum diproses.
Sementara itu, Jerry memaklumkan isu permohonan tanah di Kampung Niatang, Pitas berlarutan sejak tahun 1997 lagi.
Beliau berkata, penduduk telah bercucuk tanam dan menetap di kampung berkenaan selama puluhan tahun namun berlaku penyukatan tanah oleh pihak lain bertujuan untuk mengambil alih tanah kampung terbabit untuk dijadikan hak pemilikan.
“Oleh itu, penduduk kampung mengambil keputusan membuat serahan memorandum bagi mengesa pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di tanah mereka.
“Isu ini mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Bernard Liew Chau Min.
“Pihak MHO baru-baru ini mendapat berita baik apabila perjuangan penduduk Kampung Niatang dalam isu pemilikan tanah telah menemui jalan penyelesaian dan berjaya memperolehi geran tanah individu yang diberikan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
“Sebanyak 43 geran sudah dianugerahkan kepada penduduk kampung dan proses serahan geran diadakan di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) d

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad