2,762 kes Covid-19, 4 kematian

Sebanyak 2,762 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan semalam sementara empat kematian direkodkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 2,754 kes penularan tempatan manakala lapan kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,890,437 kes dan 36,462 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 28,720 kes aktif Covid-19, termasuk 47 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,170 orang atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,271 pesakit dilaporkan sembuh.