SEMPORNA: Sebanyak 28 rumah atas air di Kampung Simunul, di sini roboh akibat kejadian ribut yang melanda, tengah hari tadi.
Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan 12.00 tengah hari.
“Anggaran keluasan kawasan rumah yang roboh kira-kira 200 meter.
“Pasukan bomba telah membuat operasi mengosongkan bangunan rumah dengan memasang sawar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba turut membantu memindahkan mangsa untuk berkumpul di kawasan darat iaitu ke dewan terdekat.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan seterusnya operasi ditamatkan pada jam 5.31 petang.
“Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kita masih menunggu laporan daripada pihak berkenaan,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ