Jongkong yang ditahan oleh PPM Tawau semalam
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan tiga lelaki warga Indonesia yang tidak mempunyai keterangan diri dalam operasi berasingan di sini semalam.
Dalam tangkapan pertama, botronda PPM telah memeriksa sebuah bot jongkong di perairan laut Tawau sedang menuju laut pelabuhan semasa “Ops Gelora” pada pukul 10.50 pagi, kata Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali.
“Hasil pemeriksaan mendapati krew jongkong berkenaan iaitu seorang lelaki warga Indonesia berumur 19 tahun gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Anak perahu ditahan dan dibawa ke markas operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” kata Mohamad Pajeri.
Sementara itu, dalam operasi berasingan yang dilaksana oleh anggota Unit Risikan Marin (URM), dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah ditahan di kawasan jeti CIQ Lama Tawau, kata Mohamad Pajeri.
Kedua-dua lelaki dewasa berumur 19 dan 20 tahun itu gagal mengemukan dokumen pengenalan diri dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut , tambah Mohamad Pajeri.
Menurut Mohamad Pajeri, kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK