Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,213 kes Covid-19, rendah berbanding 1,503 pesakit yang dilaporkan pulih.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan ketika ini sebanyak 14,782 pesakit sedang dirawat, dengan 115 di ICU yang mana 54 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, tiga kematian dilaporkan.
Angka terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini sebanyak 328,466, dengan 312,461 sembuh, dan 1,223 kematian.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ