3 penjenayah ditembak mati di Selayang

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi, Bernama mengesahkan kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan di IPD Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas.