Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin mengedar Syabu berat lebih 5 kilogram.
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh Lun Chung Peng berumur 32 tahun selepas pertuduhan dibaca oleh pegawai pendakwa ASP Dg. Nur Azarinawaty Ag. Kachee.
Lun yang tidak diwakili peguam, berasal dari Sibu, Sarawak. Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus menetapkan 8 Ogos depan untuk kes disebut semula.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.
Hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan rotan tidak melebihi dari 15 sebatan jika disabit kesalahan.
Lun ditangkap setiba di Lapangan Terbang Tawau daripada Kuala Lumpur cuba membawa masuk ke Sabah 5,325.80 gram Syabu pada 24 Jun 2019 lebih kurang jam 3.45 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ