305 kes di Sabah ini hari, 6 kluster baru

Enam kluster baru ini hari di Sabah pasal COVID-19 dengan kes semua ini kali sebanyak 305 positif.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun bilang, Kluster Kg Gusi Kinarut Papar mencatatkan 25 kes, kluster Jalan Utama Sandakan 15 kes, Kluster Rimau Sawit Kinabatangan 29 kes, Kluster Murni C Penampang-Nabawan 22 kes, Kluster Tamalag Kota Belud 27 kes dan Kluster Ketiau Tombovo Putatan 9 kes.

Sementara itu katanya, Tawau masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 72 kes, diikuti Kota Kinabalu 41 kes. Kudat melaporkan 37 kes, Kinabatangan 23 kes, Sandakan 20 kes, Kota Belud 16 kes, Papar 14 kes dan Beaufort 12.

Daerah lain seperti Nabawan turut mencatatkan 11 kes, Penampang 10 kes, Putatan 9 kes, Kuala Penyu 8 kes, Kunak 7 kes, Lahad Datu 5 kes, Semporna 5 kes, Tuaran 2 kes dan  Kalabakan, Pitas, serta Keningau masing-masing mencatatkan satu kes.

Masidi bilang, lapan daerah yang tiada kes baru ini kali ialah Beluran, Telupid, Tongod, Kota Marudu, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *