Covid 19: ada 6,241 kes ini hari dan 87 mati

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,241 kes baharu Covid-19, sementara 87 angka korban dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia adalah hari ketiga berturut-turut negara mencatatkan penurunan dalam angka jangkitan.

Semalam, negara merekodkan 7,452 kes dengan 109 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 616,815 kes.

Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,178 kes.

Ia diikuti Sarawak dengan 600 kes, Johor (565), Negeri Sembilan (556) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (415).

Daripada jumlah kes baharu itu, empat kes import dan baki 6,241 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 86,628 kes aktif, dengan 444 daripada 890 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,133 dengan jumlah kumulatif sebanyak 526,809 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,378.

Hisham berkata, sebanyak 87 kes kematian pada hari ini melibatkan 34 kes di Selangor, Johor (12 kes), Negeri Sembilan (9 kes), Kedah (6 kes), Kuala Lumpur (5 kes).

Sementara masing-masing empat kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta masing-masing dua kes di Melaka dan Labuan.

““Kes kematian itu membabitkan 84 warganegara dan tiga bukan warganegara

“Korban termuda berusia 25 tahun manakala paling tua berusia 89 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok.” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *