KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menahan seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi ‘Ops Sapu’ di sekitar Tawau, hari ini.
Operasi diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha membabitkan 43 pegawai terdiri daripada JIM Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan daripada 90 warga asing, seramai 31 PATI ditahan terdiri daripada lima lelaki dewasa warga Pasukan.
“Selain itu, 20 lelaki warga Filipina dan tujuh wanita warga Filipina. Semua individu yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Namun terdapat seorang orang kena tahan (OKT) warga Pakistan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan menggunakan atau memiliki permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang palsu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, JIM Sabah akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi atau menggaji PATI.
“Masyarakat turut digesa untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ