3,847 kes baharu Covid-19, 12 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,847 kes baharu Covid-19 dan 12 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan daripada jumlah kes baharu itu, 3,843 adalah penularan tempatan manakala empat jangkitan di luar negara.

Dengan itu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 238,721 kes.

Setakat 6 Feb, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,481 diikuti Johor, 585 kes dan Kuala Lumpur 402 kes.

Ketika ini, seramai 50,894 kes aktif, dengan 305 di unit rawatan rapi (ICU) dan 139 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,692 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 186,970.

Pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 857.