LAHAD DATU: Empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih tiga meter ditembak mati dalam operasi dua hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku, di sini.
Operasi bermula 12 November itu dilaksanakan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu bersama pekerja ladang berkenaan.
Katanya, semua buaya berkenaan ditembak dan ditanam di kawasan yang ditetapkan.
Pegawai JHL Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan@Magiol berkata, pihaknya menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran reptilia itu dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.
“Operasi ini dijalankan bagi menjaga keselamatan pekerja ladang Felda Sahabat dan operasi menangkap buaya berkenaan adalah menggunakan pancing buaya.
“Kakitangan JHL memasang pancing berkenaan di sekitar kawasan ladang kemudian menunggu panggilan pihak ladang yang memaklumkan apabila ada buaya yang berjaya dipancing,” katanya.
Menurutnya, semua buaya yang ditangkap ini adalah hasil maklumat yang dilaporkan oleh pihak ladang Felda Sahabat. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad