PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti empat lagi kluster baharu Covid-19 dengan tiga daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu lagi kluster membabitkan komuniti.
Katanya, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Melaka dan Sarawak iaitu:
- Kluster Lagoon Selatan (daerah Petaling di Selangor) dengan 12 kes.
- Kluster Firma Dua (daerah Johor Bahru di Johor) dengan 28 kes.
- Kluster Jalan Haji Malek (daerah Jasin di Melaka) dengan 11 kes.
- Kluster Bukit Tunggal (daerah Julau di Sarawak) dengan 29 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,191 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 478 kluster aktif dan 72 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 14 kluster tamat hari ini iaitu kluster Industri Kampung Baru, Jalan Bayu Satu, Jalan Jelutong, Bandar Lama, Desa Tun, Kampung Tualang, Bukit Emas, Tapak Bina Jalan Digital, Jalan Kiara, Mandin Jaya, Kampung Perani, Bintang, Jalan Tun Mutalib dan kluster Tapak Bina Jalan Sungai Besi.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Batu Empat (310 kes), Kampung Nyatoh (72) dan Perusahaan Jalan Bukit (51),” katanya dalam kenyataan.
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026