Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes-kes ini adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT PCR.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.
Menerusi muat naik di Facebook, Noor Hisham berkata varian tersebut mempunyai persamaan dengan varian UK B.1.1.7, termasuk berkongsi mutasi “spike protein” E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun.
“Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.”
Beliau berkata, melalui IMR dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumkan masyarakat umum dari semasa ke semasa.
“Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompok masih belum tercapai.
“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.”
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026