LABUAN: Lebih 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 42 rumah di Skim Perumahan Masyarakat Pelarian, di Jalan Batu Arang, di sini musnah terbakar dalam kejadian, awal pagi tadi.
Kejadian itu juga menyebabkan seorang lelaki melecur di bahagian belakang dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi mangsa lelaki cedera ringan luka di kaki dan bahu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.47 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.
Katanya, sepasukan 33 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan dibantu BBP Layangan serta BBP Rancha-Rancha dikerah ke lokasi kejadian.
“Operasi pemadaman dibahagikan kepada tiga sektor dan keluasan kebakaran membabitkan 7,000 meter persegi.
“Kebakaran membabitkan 42 buah rumah dan kemusnahan adalah 100 peratus,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi terkawal pada 11.39 pagi dan dipadam sepenuhnya pada jam 12.43 tengah hari.

“Seorang mangsa melecur di bahagian belakang dan dihantar ke hospital untuk rawatan seorang lagi cedera ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.
Operasi memadam kebakaran turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan Bahagian Bekalan Air. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad