Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,162 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,546,309.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 6.9 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.
Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+134.4 peratus), Melaka (+48.6 peratus), Putrajaya (+32.8 peratus), Perak (+20.2 peratus), Kedah (+20.2 peratus), Johor (+12.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+12.6 peratus).
Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.ADS
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 13) di mana 5,809 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,601)
Johor (549)
Sabah (497)
Sarawak (399)
Kelantan (389)
Pahang (356)
Kuala Lumpur (347)
Pulau Pinang (305)
Kedah (304)
Perak (267)
Terengganu (247)
Negeri Sembilan (237)
Melaka (198)
Putrajaya (75)
Perlis (26)
Labuan (12)
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026