KUDAT: Lapan keluarga dari beberapa kampung yang terjejas akibat banjir di sini dipindahkan ke tempat selamat, hari ini.
Ia melibatkan 56 individu dari kampung Sri Aman, Kampung Landung Ayang dan Kampung Merak Hati.
Semua mangsa terbabit dipindahkan bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas air banjir mula menaiki kawasan rumah mereka berikutan keadaan hujan lebat yang melanda daerah ini sejak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, pihakya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi sebelum mengerahkan pasukan penyelamat bergerak ke lokasi untuk membantu.

Katanya, semua mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tun Mustapha yang dibuka untuk mangsa banjir.
“Semua mangsa berjaya dibawa keluar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan kini ditempatkan di pusat ini sementara menunggu air surut di kampung mereka.
“JBPM ketika ini sentiasa bersiap sedia untuk melakukan sebarang operasi menyelamatkan mangsa banjir pada bila-bila masa,”’katanya ketika dihubungi, hari ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ