Kementerian Kesihatan melaporkan 5,726 kes baharu Covid-19 dan 5,607 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 2,442,224 daripada 2,340,390 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 598 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 512 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 86 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah itu katanya, 308 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 219 pesakit disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 89 orang masih dalam siasatan.
Beliau berkata, 15 kes import dan 5,711 kes penularan tempatan dicatatkan membabitkan 5,489 warganegara serta 222 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 1.7% adalah dalam Kategori 3 hingga 5.
Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.89 setakat semalam.
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan R-nought tertinggi pada 0.99, disusuli Melaka (0.97), Selangor (0.97), Sabah (0.93), Putrajaya (0.92), Kedah (0.91), Johor (0.88), Kelantan (0.86), Terengganu (0.86), Pulau Pinang (0.84), Perak (0.83), Perlis (0.83), Pahang (0.82) dan Sarawak (0.81).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad