Berita palsu, UPKO nafi dua kenyataan tular hari ini

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menafikan dua kenyataan tular media sosial hari ini.

Penafian itu dibuat dalam satu hantaran dalam laman facebook rasmi UPKO petang tadi.

Namun kenyataan tersebut memaklumkan bahawa UPKO tidak menolak kenyataan berbentuk gambar itu angkara segelintir pihak yang berniat tidak baik untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

“Untuk sebarang perkembangan semasa dan berita sahih daripada UPKO, sila ikuti semua saluran media sosial rasmi UPKO di Facebook Page UPKO Malaysia, Twitter UPKO Malaysia, Telegram UPKO Malaysia dan Youtube UPKO Malaysia,” tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan tular palsu yang pertama

Tular hari ini ialah gambar seolah-seolah paparan portal bertajuk “UPKO-Kerjasama dengan Parti Warisan adalah idea kami paling teruk”, serta kenyataan bertajuk “Kami Bersedia gantikan tempat PBS dan UMNO dalam kabinet negeri Sabah.”

Sementara itu, dalam perkongsian status facebook, Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turut menafikan kenyataan tersebut.

“Saya dimaklumkan tentang dua kenyataan tular ini daripada rakan-rakan. Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan ini adalah palsu dan diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

“Tidak ada disiarkan pun dimana-mana portal seperti yang dinyatakan. Sila abaikan. Terima kasih,” tulisnya ringkas.

Kenyataan tular palsu yang kedua

Hantaran itu turut mendapat reaksi daripada warga netizen.

“Kerja terdesak tu Datuk..tiada sudah isu lain yg (yang) dimainkan oleh pihak tertentu,” kata Rasten Tulis.

“Tular berita palsu untuk alihkan pandangan dari kegagalan menepati janji MA63. Rakyat bukan buduh (bodoh). Kecuali yang sengaja buat buduh, terutama yang tinggal di Bintang,” ujar Farouq Omaro.