Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,803 kes baharu Covid-19, sementara 81 angka korban dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 728,462 kes.
Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,108 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (empat).
Daripada jumlah kes baharu itu, 10 adalah kes import dan baki 5,793 pula penularan tempatan.
Katanya, terdapat 60,646 kes aktif, dengan 435 daripada 866 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula mencatatkan 5,193 dengan jumlah kumulatif sebanyak 662,932 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,884.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ