5,812 kes Covid-19 ini hari, Selangor rekod paling tinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 5,812 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dikesan setakat ini sebanyak 722,659 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan 2,187 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (771), Sarawak (673), dan Negeri Sembilan (658).

Manakala Sabah 156 kes, Terengganu (46), Johor (196), Kedah (186), Kelantan (98), Labuan (123), Melaka (223), Pahang (139), Pulau Pinang (270), Perak (72) dan Putrajaya (14).

Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.