60 pelajar, WYU China tiba di KK untuk hadiri kursus latihan singkat di UMS

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Seramai 60 pelajar dan pensyarah dari Universiti Wuyi (WYU) yang terletak di bandar Jiangmen, wilayah Guandong, China telah tiba disini untuk menghadiri kursus latihan singkat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Presiden Persatuan Sze Yip Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen, yang juga mengetuai Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK), telah menganjurkan majlis makan malam bagi menyambut  rombongan itu, bertempat di Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant di Bukit Padang di sini pada Rabu.

Antara tetamu khas yang dijemput hadir ialah Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin dan isteri, serta pensyarah WYU termasuk Wang Tianlei daripada School of Intellegent, Cik Guo Lin dari Sekolah Bioteknologi dan Sains Kesihatan, Dai Ruifang dari Sekolah Laluan Kereta Api dan Pengangkutan serta Lin Yuxin dari Sekolah Matematik dan Sains Komputasi.

Turut hadir Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat UMS, Dr Jakaria Dasan, Prof Dr Ir. Abdul Karim Mirasa, Prof Dr Ho Chong Mun, Prof Dr Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri, Prof Dr Jualang @ Azlan Abdullah Gansau dan Presiden Persatuan Huang Malaysia Datuk Wong Ten An.

WYU Canselor Prof Kunming dan bekas Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D. Kamarudin Mudin telah  menandatangani Surat Niat (LOI) untuk mewujudkan kerjasama pada 30 Oktober 2017.

Upacara menandatangani surat ini disaksikan oleh Konsul Jeneral  Republic Rakyat  China di Kota Kinabalu, Liang Caide dan Susan.

LOI bertujuan untuk menggalakkan pembangunan, pertukaran dan menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang pendidikan, kejuruteraan, teknologi, pengurusan kewangan dan perubatan, serta menganjurkan persidangan, seminar, kursus latihan pendek dan forum.

USCCAKK juga menjemput Dr Taufiq ke Festival Tanglung Musim Luruh Jalan Gaya, pada 15 September 2019 jam 7.00 malam dan dikhususkan kepada pelajar UMS untuk menyertai perarakan dan pertandingan berkenaan.