Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Kecemerlangan prestasi dan peningkatan kualiti pendidikan membolehkan suatu perubahan drastik serta dinamik bagi sesuatu kaum dan kelompok masyarakat, justru itu dengan menguasai ilmu boleh mengubah taraf sosial ekonomi itu sendiri.
Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Yusuf Yakob (gambar) berkata, ibubapa, murid serta guru diseru agar dapat mengubah pendekatan baharu di dalam pemikiran dan mentaliti mereka agar dapat menjadikan ilmu pengatahuan sebagai lonjatan dalam meraih kemajuan dan perubahan ekonomi dan sosial.
Katanya, Sekolah Nibang dan yang lainya yang agak terpencil umpama gedung ilmuan yang terus menyumbang kepada penghasilan sumber tenaga berkualiti tinggi maka tidak hairanlah suatu hari daerah Pitas yang pernah dilabel sebagai kawasan paling miskin di Sabah dapat melahirkan banyak insan berpendidikan tinggi yang sudah pastinya boleh membantu menaikkan taraf ekonomi dan sosial penduduk” katanya.
Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysaia KPM berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, di Sabah terdapat 1,296 buah sekolah dan 587 merupakan sekolah daif dan jika dibaiki memerlukan RM2.7 billon, dan tahun ini sebanyak RM78 juta diluluskan bagi menganti bangunan daif melalui kementerian kewangan , daripada itu sebanyak RM300 juta lagi sudah diluluskan pembinaan semula 91 sekolah tidak selamat diduduki.
Sementara itu katanya, kontraktor yang gagal menyiapkan 6 buah sekolah terbengkalai atau projek sakit telah digantikan dengan kontraktor yang baharu.
YB Datuk Dr. Yusuf (empat dari kiri) bersama dif-dif jemputan menyaksikan persembahan pentas
Dalam pada itu pendekatan Kementerian Pendidikan dan Inovasi mahu lebih banyak penglibatan pelajar di dalam bidang kemahiran vokasional, keusahawanan bagi mereka yang kurang cemerlang dalam akedemik bagi menyediakan pasaran pekerja mahir di dalam negeri Sabah pada masa terdekat.
Katanya, di Sabah terdapat sejumlah ramai dikalangan graduan yang tidak mendapat kerja kerana tidak memenuhi pasaran keperluan tenaga kerja, dan kementeriannya amat komited dengan masalah bagi ramai graduan menganggur.
“Sekolah, guru dan murid dan ibubapa merupakan elemen penting bagi menghasilkan pelajar yang berketerampilan, berinovasi dan berkemampuan berfikir aras tinggi dan pelajar yang mendapat sekurang kurangnya 7A SPM boleh memohon biasiaswa kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajaran ke university atau ke IPTA ” katanya.
Dr. Yusuf berkata pada majlis mini kanival pendidikan di SK Nibang 65 km dari Kota Marudu berkata yang dihadiri lebih 300 terdiri daripada masyarakat setempat “Saya yakin jika murid murid diberikan motivasi, pendedahan dilatih untuk mengamalkan kemahiran berfikir tidak mustahil akan memiliki sumber manusia yang mampu bersaing diperingkat global dan boleh membangunkan negeri ini dan sekaligus boleh menikmati hasil kekayaan negeri ini sama rata” katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut Pembantunya Mohammad Mohammarin, ahli dewan ADUN N.3 Pitas Datuk Bolkiah, ahli dewan DUN N.5 Tandek Datuk Anita Baranting, Pegawai Pendidikan Pitas Abd.Ghani Hayun, Setiausaha Politiknya Rafli Idris, Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Majamis @Hj.Jeffery Timbong dan guru-guru besar tujuh buah sekolah.

Dr Yusuf ketika meninjau pameran sempena Mini Kanival Pendidikan di SK Nibang
Dr. Yusuf yang juga ahli dewan DUN N.28 Sindumin, berkata SK Nibang merupakan salah sebuah sekolah daif mempunyai 65 oran pelajar dan 4 orang pelajar tahun 6 , pada masa yang sama beliau memberikan kelulusan bagi menaik taraf jalan raya sejauh kira kira 300 meter menghubungkan jambatan sungai Nibang ke kawasan sekolah dan pembinaan paip bawah tanah yang dianggarkan RM20,000.
Sementara itu Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Abd. Hamid Hayon berkata, walaupun UPSR tahun lalu agak menurun namun dengan adanya usaha seumpama itu diharap pada tahun ini akan dapat mengubah kedudukan dan bukan lagi kedudukan yang tersorot di Sabah.
Katanya, dengan komitmen yang ditunjukkan para guru dalam melahirkan para pelajar yang suatu ketika dahulu dimana kawasan zon 2 Pitas meliputi SK Kibubuk/SK Sahabat, SK Pinapak, SK Mandurian, SK Pandan Mandamai dan SK Nibang begitu sinonim dengan kawasan luar bandar yang agak ketinggalan tidak mustahil sekiranya pendekatan yang dibuat secara kreativiti dan inovasi impian tersebut akan menjadi kenyataan.
Pada majlis itu sebanyak 110 orang calon UPSR telah mengikuti seminar motivasi selama dua hari yang datang dari tujuh buah sekolah berhampiran, empat mata pelajaran utama telah disampaikan oleh penceramah khas yang bolehkan calon calon lebih bersedia menjawab soalan serta menguatkan keyakinan diri sebelum menduduki ujian tersebut.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara