6,658 kes Covid-19 ini hari, 107 mati

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,658 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 107 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 6,647 pesakit sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah dibenarkan pulang seramai 700,215 orang.

Dalam kenyataannya, Noor Hisham berkata jumlah jangkitan keseluruhan setakat ini sebanyak 772,607 kes.

Sebanyak 66,958 adalah kes aktif, dengan 892 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 443 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 107 kematian direkodkan membawa jumlah keseluruhan kematian kepada 5,434.
Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 3,047 kes.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan dengan 699 kes, Kuala Lumpur (616), Johor (414), Sarawak (361), Melaka (345), Sabah (322), Pahang (200), Kedah (145) dan Pulau Pinang (142).

Sebanyak 108 kes pula direkodkan di Labuan, manakala Perak (101), Kelantan (89), Terengganu (51), Putrajaya (16) dan Perlis (dua).