Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyampaikan sumbangan kepada Pusat Latihan dan Amali Orang Kelainan Upaya (OKU) Sabah di Tuaran.
Dalam status facebooknya, beliau memaklumkan bahawa selepas melihat berita tentang masalah yang dihadapi oleh Pusat OKU itu semalam, beliau bergegas melawat dan menyampaikan bantuan untuk menampung keperluan hari ini.
“Saya bersimpati dengan keadaan yang menimpa. Pendapatan terjejas teruk akibat pandemik. Semoga sumbangan yang diberi akan meringankan beban.
“Kepada rakan-rakan yang mempunyai rezeki lebih, saya mempelawa untuk sama-sama support mereka.
“Mereka juga mempunyai kepakaran dalam membuat perabot. Ada yang ready made dan ada juga yang boleh ditempah.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Saudara, impak pandemik ini begitu mencabar fikiran dan emosi. Kita doakan ia berlalu dengan cepat,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Hingga pukul 8 malam tadi, status itu mendapat 260 sukaan, 18 komen positif dan 39 perkongsian.
Terdahulu, pusat itu dilaporkan mengibarkan bendera putih kerana berdepan dengan kesukaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ