799 mesin jual air di Perak tiada lesen KKM

[ad_1]

IPOH, 29 Mac (Bernama) — Sebanyak 799 atau 93 peratus Mesin Jual Air (MJA) yang beroperasi di negeri itu dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan Perak tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak diperuntukkan pada 2014.

Pengarahnya Datuk Dr Ding Lay Ming berkata daripada 860 MJA yang beroperasi di negeri itu, hanya 61 mempunyai lesen manakala 119 masih dalam proses permohonan.

“Kesedaran orang ramai serta syarikat MJA mengenai pentingnya mempunyai lesen KKM masih rendah, disebabkan itu kita cuba memberi kesedaran melalui operasi sebegini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan MJA di Bercham di sini hari ini.
…..

[ad_2]