8 kluster baru Covid-19, termasuk 1 di Sabah

Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu Covid-19, dengan tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster itu dikesan di Johor, dua di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Selangor, Perak dan Sabah.

Tujuh kluster tempat kerja itu ialah Perindustrian Lukut, Jalan Ulu Choh, Jalan Dato Yunos di Johor, Lorong Bakau, Vista Hilir babitkan Pulau Pinang, Jalan Enam (Selangor) dan Pasar Bidor (Perak).

Baki satu kluster berkaitan komuniti ialah Sinsingon di Sabah.

Sehingga kini, sebanyak 1,103 kluster direkodkan di Malaysia, dengan 509 daripadanya masih aktif dan 594 kluster sudah berakhir, lapan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara.

Katanya, terdapat 78 kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (164 kes),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *