Tiada lesen kebenaran, 15 premis judi kena potong karan

15 premis sekitar daerah Penampang dan Putatan diputuskan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan judi tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata lebih teruk lagi apabila kesemua premis terbabit didapati berselindung di sebalik perniagaan runcit dan makanan.

“Operasi yang dijalankan bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan pemotongan bekalan elektrik bagi memastikan kegiatan perjudian atas talian ini dapat dibendung daripada terus berleluasa.

“Operasi bermula jam 8 pagi dan dijalankan di kawasan Taman Suria, Kivatu dan beberapa lagi premis di Pekan Donggongon,” katanya.

“Kita memperoleh maklumat kegiatan ini berdasarkan beberapa operasi sejak tahun lalu sebelum melakukan serbuan  yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Operasi bermula jam 8 pagi dan dijalankan di kawasan Taman Suria, Kivatu dan beberapa lagi premis di Pekan Donggongon,” katanya semasa sidang media selepas operasi itu hari ini.

Tambahnya kejayaan operasi ini adalah hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam sebelum serbuan dilakukan untuk tangkapan bagi melumpuhkan operasi jenayah sekitar daerah ini.

Mohd Haris berkata, hasil daripada kejayaan ini, seramai 15 individu turut berjaya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan telah dihadapkan ke Mahkamah.

“Operasi seperti ini akan terus dijalankan sebagai salah satu usaha untuk membanteras aktiviti perjudian terutamanya di daerah Penampang selaras mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Semua premis yang terbabit ini membabitkan kegiatan perjudian jenis atas talian yang berselindung disebalik aktiviti perniagaan runcit dan makanan.

“Polis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada SESB cawangan Penampang kerana membantu dalam proses memutuskan bekalan elektrik di premis terbabit,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *