11 saspek yang ditahan oleh AADK Daerah Sandakan dalam operasi pada hari Selasa.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN – Sepasang suami isteri antara 11 saspek yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini dalam operasi pada hari Selasa kerana positif dadah.
Pasangan Suami isteri yang berumur 29 dan 33 tahun ditahan di rumah mereka di Kampung Air selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah jenis syabu pada Ogos 20, kata Ketua Pegawai AADK Sandakan, Aisyah Abdul Karim hari ini.
Saspek yang ditahan terdiri dari 10 lelaki dan seorang wanita yang kesemua positif dadah. Mereka berumur antara 13 hingga 50 tahun, tambah Aisyah.
Operasi melibatkan kekuatan 5 anggota penguatkuasa AADK Sandakan itu dijalankan di beberapa lokasi iaitu Kampung Air, Batu 1, PPT Taman Murni, Taman Po Hing, Taman Rajawali, Kampung Batu Putih, Kampung Lupak Meluas di Sandakan, Kampung Suan Lamba dan Kampung Buang Sayang di Kinabatangan, katanya lagi.
Menurut Aisyah, tujuh saspek ditahan reman selama dua minggu bermula Ogos 21, manakala empat saspek dijamin pegawai kerana masalah kesihatan (2), wanita (1) dan bawah umur (1).

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK