Suasana gerai-gerai kementerian dan agensi kerajaan yang mengambil bahagian pameran khas `Sabah Tanah Airku’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019, bertempat di Imago Shoppig Mall, Kota Kinabalu.
Oleh: Nio James
Orang ramai dijemput lawati Pameran khas `Sabah Tanah Airku’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019, di Imago Shoppig Mall, pada 27 hingga 31 Ogos 2019.
KOTA KINABALU: Arkib Negeri Sabah menganjurkan Pameran khas `Sabah Tanah Airku’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019, bertempat di Imago Shoppig Mall, disini pada 27 hingga 31 Ogos 2019.
Pameran itu diadakan di aras bawah Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu dan dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam, dan masuk adalah percuma.
Sehubungan itu, orang awam adalah dijemput untuk datang melawat pameran sejarah ini, untuk mendapatkan informasi tentang peristiwa kemerdekaan Sabah dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
Pameran ini diadakan juga untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat agar menghargai sejarah rekod yang ada di Sabah.
Rekod-rekod yang dipamerkan mengandungi pelbagai informasi tentang peristiwa bersejarah, serta fungsi dan peranan kementerian agensi-agensi kerajaan.
Rekod-rekod tersebut akan dipamerkan dalam bentuk fotografi, dokumentasi, audio visual dan sebagainya.
Ramai generasi hari ini mungkin tidak tahu tentang peristiwa yang berlaku di masa lalu dan menjadi satu kerugian jika tidak mengetahui perkembangan sejarah tanah air sendiri.
Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang pameran tersebut seperti tayangan filem doumentari sejarah, peraduan kuiz yang menyediakan pelbagai hadiah menarik, hadiah kepada pengunjung dan sebagainya.
Pameran khas `Sabah Tanah Airku’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019 Datuk Peter Anthony.
Antara kementerian dan agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut, ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Ketua Menteri, Arkib Negeri Sabah, Sabah Elektrik Sdn.Bhd. dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut tentang pameran ini boleh menghubungi Puan Alizah Arif di talian 088-258911 sam. 135 (019 880 2608) dan Mohd. Faidzal Mohd. Fazli 088-258911 sam.223 (013 858 6600).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ